Maulid Nabi, Berikut Gambaran Fisik Nabi Muhammad yang Dirawayatkan Para Sahabat

- 29 Oktober 2020, 07:02 WIB
Maulid Nabi Muhammad shalallahu alaihi wa salam.
Maulid Nabi Muhammad shalallahu alaihi wa salam. //Seputar Lampung
 
JURNAL GAYA---Kata maulid atau milad dalam bahasa Arab berarti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi, merupakan tradisi yang berkembang di masyarakat Islam jauh setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Secara subtansi, peringatan ini adalah ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Nabi Muhammad.
 
Begitu indahnya sifat fisik baginda. Bahkan, seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda langsung melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh rasulullah.
 
Agar kita lebih mencintai rasul, mari kenali nabi secara fisik. Berikut fisik Nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan para sahabat:
 
1. Sahabat rasul mengatakan "Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah SAW"
 
Diriwayatkan oleh Ummu Ma'bad Al-Khuza'iyah, dirinya berkata tentang diri Rasulullah SAW, " Beliau terlihat sangat tampan, berwajah cerah, bagus bentuk fisiknya, badannya ramping, kepalanya tegak, tampan. Kedua matanya lebar dan hitam, bulu matanya lentik, suaranya agak parau, lehernya jenjang, matanya tajam dan gelap, kedua alisnya bagaikan bulan sabit dan bersambung, rambutnya sangat hitam, apabila diam terpancar darinya kewibawaan..."
 
 
2. Aku melihat cahaya dari lidahnya.
 
3. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
 
4. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
 
5. Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
 
 
6. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
 
7. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
 
8. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
 
 
9. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
 
10. Wajahnya seperti bulan purnama.
 
Dari Ka'ab Bin Malik berkata,"Apabila beliau bergembira, wajahnya bercahaya sehingga terlihat seerti potongan bulan."(HR.Bukhari).
 
11. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
 
 
12. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
 
13. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
 
14. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
 
15. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
 
 
16. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
 
17. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
 
18. Janggutnya penuh dan tebal menawan.
 
19. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
 
20. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
 
 
21. Rambutnya sedikit ikal.
 
22. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang terkena bahu tapi disisir rapi.
 
23. Rambutnya terbelah di tengah.
 
24. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
 
25. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih dari biasa.
 
26. Seimbang antara kedua bahunya.
 
 
27. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
 
Ali Bin Abi Thalib berkata,"Beliau adalah orang yang paling bagus telapak tangannya, paling kekar dadanya, paling jujur perkataannya, paling menempati janjinya, paling lembut jiwanya, paling mulia pergaulannya...."(HR.Tirmidzi).
 
28. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
 

29. Aroma Tubuh Rasulullah Sangat Wangi

 

Diriwayatkan dari Abu Juhaifah, beliau berkata,"Aku pernah menggapai tangannya (Rasulullah SAW) kemudian ku letakkan pada wajahku, ternyata tangannya lebih sejuk dari embun, dan aromanya lebih wangi daripada aroma misik (kasturi)."(HR.Bukhari).

 
 
30. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
 
31. Kulitnya putih lagi bercahaya.
 
32. Badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
 
 
33. Badannya tidak gemuk.
 
34. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
 
KESIMPULANNYA:
 
Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Subhanallah.

Editor: Qiya Ameena


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x